بسم الله الرحمن الرحيم


- Nama sebenar : AHMAD BIN ALI BIN MUHAMMAD AL-KINANI AL-ASQALANI
- Gelaran masyhur : IBNU HAJAR AL-ASQALANI
- Asal : ASQALAN (terletak di Palestin)
- Lahir : 12 SYA'BAN 773 HIJRAH, MESIR
- Wafat : 852 HIJRAH, MESIR
- Antara gelaran lain : HAFIZH AL-MUTLAQ, SYIHABUDDIN, IBNU HAJAR NURUDDIN AS-SYAFI'I, AT-TAUFIQ & SANG PENJAGA TAHQIQ.
- Sifat Ibnu Hajar : Mempunyai badan yang tinggi, berkulit putih, mukanya bercahaya dan berseri-seri, berjanggut lebat, berwarna putih serta pendek kumisnya.
- Sifat lain : Mempunyai pendengaran dan penglihatan yang sihat, bercita-cita tinggi, fasih lisannya, pandai bersyair serta mempunyai sifat kepimpinan.
Latar Belakang Pendidikan
- Beliau mula menghafaz Al-Quran pada usia 9 tahun
- Antara kitab yang dihafaz ialah Al-'Umdah, Al-Hawi Al-Shaghir, Mukhtashar Ibnu Hajib Al-I'rab dan sebagainya.
- Pada usia 18 tahun, beliau menuntut ilmu dengan Al-'Allamah Al-Syams bin Al-Qaththan dalam bidang fiqh, bahasa arab, matematik dan sebahagian besar dari Kitab Al-Hawi.
- Beliau pernah belajar secara khusus dengan Ibnu Al-Mulaqqin dan membaca sebahagian besar syarah yang ditulisnya di atas Kitab Al-Minhaj.
- Kemudian beliau menuntut dengan 'Izzuddin bin Jama'ah dalam pelbagai cabang ilmu dalam satu tempoh waktu yang cukup panjang (790 H hingga gurunya wafat pada 819 H)
- Beliau turut menghadiri kuliah-kuliah yang disampaikan oleh Al-Hammam Al-Khawarizmi, serta tokoh-tokoh ilmuan yang lain.
- Beliau banyak menuntut pelbagai cabang ilmu hingga akhir hayat beliau.
credit to: blog ini dan blog ini juga

1 comment:
soalan saya : benarkah kitab al bulughul magham karya ibnu hajar itu di hadiahkan untuk anaknya. Maknanya ibn hajar kumpul hadis2 hukum dan hadiahkan untuk anaknya.
Post a Comment