Saturday 11 August 2012

FATHUL BARI

    Fathul Bari Syarah Shahih Al-Bukhari adalah kitab penerangan kepada hadits-hadits yang terkumpul dalam Shahih Bukhari. Ia adalah kitab yang paling lengkap dalam syarah hadits sehingga segala hal berkaitan syarah hadits hampir semuanya ada di dalamnya. Oleh itu tidak hairanlah para ulama' mengatakan 'Laa Hijrata Ba'dal Fathi' yang maknanya 'tidak perlu hijrah (beralih kepada kitab lain) selagi mana adanya kitab fathul bari'. Kitab ini juga telah diiktiraf oleh para ulama' sebagai kitab yang kandungannya paling shahih selepas kitab suci Al-Quran.



    Keistimewaan cetakan ini:

  1. Fathul Bari Syarah Shahih Al-Bukhari cetakan Pustaka Iman Asy-Syafi'i memiliki banyak keistimewaannya. Ia diterbitkan secara utuh dari kitab asalnya yang berbahasa arab, diterjemah dari apa yang ada di dalamnya tanpa mengurang atau menghilangkan sebahagian dari teks arab, baik pada sanad atau matan serta syarahnya.
  2. Disertakan di awal setiap jilid glosari istilah Ilmu Hadis dan ilmu bahasa Arab nahu-sorof, akan memudahkan para pembaca dari golongan awam memahami istilah-istilah Ilmu Hadis dan bahasa Arab yang akan ditemuinya sepanjang pembacaannya dalam kitab ini.
  3. Susunan bahasanya yang sistematik secara harfiyyah, seperti mana susunan bahasa Arabnya. Susunan ini memudahkan para pembaca yang memiliki kitab bahasa Arab membuat rujukan serta menambahkan penguasaan perbendaharaan kata bahasa Arab.
  4. Kitab ini masih dalam proses penterjemahan. Setakat ini telah terbit sehingga jilid keenam merangkumi tema-tema tersebut:
  • Jilid 1: Kitab Wahyu dan Iman
  • Jilid 2: Kitab Ilmu
  • Jilid 3: Kitab Wudhuk
  • Jilid 4: Kitab Mandi, Haid dan Tayamum
  • Jilid 5: Kitab Solat
  • Jilid 6: Kitab Waktu-waktu Solat, Azan
  • Jilid 7: Kitab Azan, Solat Berjemaah dan Imamah
  • Jilid 8: Kitab Azan dan Sifat Solat
  • Jilid 9: Kitab Solat Jumaat, Solat Khauf dan Solat Eid
  • Jilid 10: Kitab Solat Witir, Solat Istisqa', Solat Gerhana, Sujud Tilawah dan Solat Qasar
  • Jilid 11: Kitab Solat Tahajud, Keutamaan solat di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi, melakukan perbuatan selain rukun solat, Sujud Sahwi
  • Jilid 12: Kitab Jenazah
  • Jilid 13: Kitab Zakat
  • Jilid 14: Kitab Haji (Bahagian 1)
    Kitab ini dianggarkan akan terbit sekitar 40 jilid lengkap. Ini adalah peluang terbaik kepada para pencinta ilmu untuk mengumpulkan keseluruhan kitab ini secara berperingkat, mengikut terbitannya.

credit ---> sini


Monday 16 July 2012

AL-ISABAH FI TAMYIZ AL-SAHABAH by AL-HAFIZ IBN HAJAR - part 2

Sambungan kepada entri ini.
    Pada entri yang lepas, telah dinyatakan bahawa al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani membawa pembaharuan ketika menyusun nama serta gelaran para sahabat dalam kitab karangannya. Nama dan gelaran para sahabat diperbaharui susunan mengikut susunan huruf mu'jam. Setiap huruf akan dibahagikan kepada empat bahagian.

Bahagian Pertama:

  •    Dijadikan untuk para sahabat yang mana mempunyai nas-nas yang menunjukkan mereka adalah para sahabat Rasulullah SAW. Sama ada dengan riwayat-riwayat daripada mereka sendiri atau daripada riwayat-riwayat selain mereka.

Bahagian Kedua:
  •    Beliau menjadikan bahagian ini bagi nama-nama yang disebut sebagai anak kepada para sahabat yang dilahirkan pada zaman Nabi SAW, sama ada dari kalangan wanita atau lelaki. Nabi SAW wafat dalam keadaan anak-anak tersebut masih belum sampai kepada umur mumayyiz.

Bahagian Ketiga:
  •    Ibn Hajar menjadikan bahagian ini untuk para perawi yang disebut dalam kitab-kitab sebagai al-Mukhaddramun iaitu golongan yang sempat berada di zaman Jahiliyyah (sebelum kedatangan Islam) dan juga sempat berada di zaman Islam (sampai dan mereka mengetahui tentang Islam). Walaupun begitu golongan ini tidak pernah melihat Nabi SAW, sama ada mereka memeluk Islam ketika Nabi SAW masih hidup atau memeluk Islam selepas kewafatan Nabi SAW. Golongan ini dimasukkan ke dalam tabaqat Tabiin, dan mereka bukanlah sahabat berdasarkan kesepakatan para ulama.

Bahagian Keempat:
  •    Dijadikan sebagai untuk membezakan nama-nama perawi yang disebut di dalam kitab-kitab secara tersilap atau tersalah (disebut sebagai sahabat Nabi SAW, tetapi hakikatnya adalah tidak termasuk di dalam lingkungan para sahabat).

credit to: الْمُيَسَّرُ في عِلْم الرِّجَال oleh SYED ABDUL MAJID GHOURI

Sunday 15 July 2012

AL-ISABAH FI TAMYIZ AL-SAHABAH by AL-HAFIZ IBN HAJAR

Setelah berkongsi mengenai latar belakang serta sebahagian karya Ibn Hajar Al-Asqalani, suka untuk kami berkongsi sedikit maklumat mengenai salah satu kitab karya beliau. Karya yang dimaksudkan adalah Kitab Al-Isabah Fi Tamyiz Al-Sahabah (الإصابة في تمييز الصحابة).
    Kitab ini merupakan kitab yang paling lengkap dan sempurna berkaitan dengan mengenal para sahabat. Pengarangnya Al-Hafiz Ibn Hajar telah pun menyemak dan membaca kitab-kitab yang terdahulu daripadanya serta mengambil faedah daripada keseluruhan kitab-kitab tersebut. Beliau menyusun dan mengemaskan maklumat-maklumat, mengasingkan kesalahan dan kesilapan, menambah maklumat lain yang didapatinya di dalam beberapa turuq hadis dan karya-karya lain seperti al-Kutub Al-Sittah, Tarikh al-Ruwah, al-Siyar, al-Maghazi dan mengeluarkan nama-nama sahabat yang ditinggalkan oleh pengarang-pengarang sebelumnya.
    Ibn Hajar menyusun para sahabat berdasarkan huruf mu'jam dengan susunan yang teliti;

  1. Menyusun nama-nama
  2. Gelaran-gelaran bagi para sahabat
  3. Nama-nama wanita sahabiyat
  4. Gelaran-gelaran wanita sahabiyat
    Beliau juga membawa pembahagian yang baharu bagi setiap nama atau panggilan sebagai tambahan terhadap susunan huruf mu;jam. Setiap huruf akan dibahagikan kepada empat bahagian.


bersambung.... :-)

Friday 29 June 2012

KARYA AL-ASQALANI

Dalam entri yang lepas, kami telah menceritakan serba sedikit latar belakang mengenai Imam Ibnu Hajar Al-Asqalani, atau lebih dikenali dengan Al-Khafidz. Dalam entri kali ini, kami ingin berkongsi tentang kitab serta tulisan Al-Khafidz.

Tulisan-tulisan Al-Khafidz, antaranya adalah:


  • Ithaf Al-Mahrah bi Athraf Al-Asyrah
  • An-Nukat Azh-Zhiraf ala Al-Athraf
  • Ta'rif Ahli At-Taqdis bi Maratib Al-Maushufin bi At-Tadlis (Thaqabat Al-Mudallisin)
  • Taghliq At-Ta'liq
  • At-Tamyiz fi Takhrij Ahadits Syarh Al-Wajiz (At-Talkhis Al-Habir)
  • Ad-Dirayah fi Takhrij Ahadits Al-Hidayah
  • Fath Al-Bari bi Syarh Shahih Al-Bukhari
  • Al-Qaul Al-Musaddad fi Adz-Dzabbi an Musnad Al-Imam Ahmad
  • Al-Kafi Asy-Syafi fi Takhrij Ahadits Al-Kasyyaf
  • Mukhtashar At-Targhib wa At-Tarhib
  • Al-Mathalib Al-Aliyah bi Zawaid Al-Masanid Ats-Tsamaniyah
  • Nukhbah Al-Fikri fi Mushthalah Ahli Al-Atsar
  • Nuzhah An-Nazhar fi Taughih Nukhbah Al-Fikr
  • Komen kitab Ulum Hadits karya Ibnu As-Shalah
  • Hadyu As-Sari Muqqadimah Fath Al-Bari
  • Tabshir Al-Muntabash bi Tahrir Al-Musytabah
  • Ta'jil Al-Manfaah bi Zawaid Rijal Al-Aimmah Al-Arba'ah
  • Taqrib At-Tahdzib
  • Tahdzib At-Tahdzib
  • Lisan Al-Mizan
  • Al-Ishabah fi Tamyiz Ash-Shahabah
  • Inba' Al-Ghamar bi Inba' Al-Umur
  • Ad-Durar Al-Kaminah fi A'yan Al-Miah Ats-Tsaminah
  • Raf'ul Ishri 'an Qudhat Mishra
  • Bulughul Maram min Adillah Al-Ahkam
  • Quwwatul Hujjaj fi Umum Al-Maghfirah Al-Hujjaj


credit to: here

KISAH HIDUP IBNU HAJAR

بسم الله الرحمن الرحيم

  • Nama sebenar         : AHMAD BIN ALI BIN MUHAMMAD AL-KINANI AL-ASQALANI
  • Gelaran masyhur    : IBNU HAJAR AL-ASQALANI
  • Asal                           : ASQALAN (terletak di Palestin)
  • Lahir                         : 12 SYA'BAN 773 HIJRAH, MESIR
  • Wafat                        : 852 HIJRAH, MESIR
  • Antara gelaran lain : HAFIZH AL-MUTLAQ, SYIHABUDDIN, IBNU HAJAR               NURUDDIN AS-SYAFI'I, AT-TAUFIQ & SANG PENJAGA TAHQIQ.
  • Sifat Ibnu Hajar      : Mempunyai badan yang tinggi, berkulit putih, mukanya bercahaya dan berseri-seri, berjanggut lebat, berwarna putih serta pendek kumisnya.
  • Sifat lain                   : Mempunyai pendengaran dan penglihatan yang sihat, bercita-cita tinggi, fasih lisannya, pandai bersyair serta mempunyai sifat kepimpinan.
Latar Belakang Pendidikan
  • Beliau mula menghafaz Al-Quran pada usia 9 tahun
  • Antara kitab yang dihafaz ialah Al-'Umdah, Al-Hawi Al-Shaghir, Mukhtashar Ibnu Hajib Al-I'rab dan sebagainya.
  • Pada usia 18 tahun, beliau menuntut ilmu dengan Al-'Allamah Al-Syams bin Al-Qaththan dalam bidang fiqh, bahasa arab, matematik dan sebahagian besar dari Kitab Al-Hawi. 
  • Beliau pernah belajar secara khusus dengan Ibnu Al-Mulaqqin dan membaca sebahagian besar syarah yang ditulisnya di atas Kitab Al-Minhaj.
  • Kemudian beliau menuntut dengan 'Izzuddin bin Jama'ah dalam pelbagai cabang ilmu dalam satu tempoh waktu yang cukup panjang (790 H hingga gurunya wafat pada 819 H)
  • Beliau turut menghadiri kuliah-kuliah yang disampaikan oleh Al-Hammam Al-Khawarizmi, serta tokoh-tokoh ilmuan yang lain.
  • Beliau banyak menuntut pelbagai cabang ilmu hingga akhir hayat beliau.


credit to: blog ini dan blog ini juga